Menurut hikayat Cina, kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di negara China semasa pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan)
yang agak tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik
dikenakan ke atas rakyat Cina supaya tiada satu pun yang dapat
menggugat kuasa mereka. Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan
pihak Ming bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam semasa bulan
sedang mengembang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat
beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang
menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan kerajaan
Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap
tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan
Pertengahan Musim Luruh.
没有评论:
发表评论